SEL OTAK ANDA SEDANG BERHUBUNG. SELAMAT MAJU JAYA

Tips Penjagaan Muka

Cara Penjagaan Muka Orang Korea

Seperti yang kita tahu, orang Korea memiliki wajah yang mulus dan halus. Susah untuk mencari celanya pada wajah mereka. Apakah rahsia disebalik wajah yang mulus dan lembut itu?


  • Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Jepun dan Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering.

  • Pilih pupur yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih pupur pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau pupur pelembap (moisturising mask).

  •  Pencucimuka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.

  • Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.

  • Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.

No comments:

Post a Comment