Pada hari Rabu bersamaan 23Oktober 2013 yang lepas, Setiap pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia harus menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi bagi memilih pewakilan pelajar. Pemilihan yang betul sangat lah penting bagi menentukan masa depan yang bakal ditempuhi. Seperti yang kita tahu semua haruslah bijak membuat keputusan. Pemimpin yang terpilih seharusnya menjalankan tanggungjawab mereka dengan bersungguh-sungguh.
Masa yang telah ditetapkan untuk mengundi adalah dari jam 9 pagi sehinggalah jam 5 petang. Pengalaman itu pasti tak dapat dilupakan kerana ini lah pertama kali dalam sejarah saya dan rakan-rakan tahun satu yang lain mengundi. Sebelum hari mengundi berlangsung, suasana di sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia sungguh sibuk dengan pemasangan poster-poster calon yang bertanding seperti perang poster sedang berlaku.
Pada hari tersebut, saya dan rakan-rakan saya juga tidak melepaskan peluang untuk mengundi. Setibannya kami disana, kami diminta untuk memberikan kad kolej untuk menyemak tentang maklumat pengundi, takut-takut ada pengundi yang mengundi dua kali. Selepas disemak, kami diberikan 2 kertas untuk mengundi, satu bagi kerusi umum dan satu lagi bagi kerusi fakulti. Saya telah membuat keputusan yang bijak dengan mengundi bagi calon yang saya yakin layak untuk melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.
Cukup setakat ni sahaja cerita saya. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment