SEL OTAK ANDA SEDANG BERHUBUNG. SELAMAT MAJU JAYA

Pengalaman Menyertai Interhouse Kolej Aminuddin Baki




House Of Laureate KAB 
         



             Pada 28 September 2013, Kolej Aminuddin Baki telah mengadakan interhouse. Kolej 
Aminuddin Baki mempunyai keistimewaan tersendiri dengan menekankan sukan dalam diri setiap punghuni KAB itu sendiri. Oleh itu, KAB telah menubuhkan beberapa buah rumah sukan iaitu Ourmond, Vanbrugh, Rayvens, Woodsworth, Ashby, Exeter, Herdford dan Laureate.Rumah-rumah sukan ini terdiri daripada penghuni baru dan juga penghuni lama. Oleh itu, interhouse ini juga bukan sahaja dapat melahirkan bakat-bakat baru dalam bersukan malah dapat mengenali antara satu sama lain dan merapatkan hubungan antara penghuni lama dan juga penghuni baru. Tak kenal maka tak cinta.

         Saya sebagai penghuni KAB tidak melepaskan peluang untuk menyertai acara-acara yang diminati. Saya telah mengambil cabaran untuk menyertai acara bola jarring kategori perempuan, walaupun saya tidak mempunyai asas langsung mengenai permainan tersebut. Pada mulanya hanya sekadar ingin bersuka ria dan menunjukkan rasa cinta pada KAB saja, lama kelamaan timbul pula rasa cinta terhadap permainan tersebut. Dalam keriangan menyertai acara tersebut, saya mengalami cedera ringan pada kaki. Dengan keperihatinan yang ditunjukkan oleh penghuni lama menghilangkan rasa sakit di kaki. Namun untuk meneruskan permainan, saya tiidak dibenarkan sama sekali. Hanya mampu melihat dari jauh dan memberikan sokongan padu pada Pasukan Laureate.

         Walaupun rumah sukan yang saya wakili iaitu Laureate tidak menjadi Johan, tetapi saya tetap berpuas hati dengan kerjasama yang diberi oleh semua pihak. Setiap permainan pasti ada yang kalah dan menang, yang penting pengalaman yang diperolehi yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kita terpaksa mencari pengalaman dan mengalaminya sendiri.


No comments:

Post a Comment