SEL OTAK ANDA SEDANG BERHUBUNG. SELAMAT MAJU JAYA

Cara Penjagaan Si Kura-kura Bayi





Bagi pencinta haiwan pasti akan tertarik dengan haiwan peliharaan ini. Ianya sangat comel dan pasti dapat menemani kita dikala kesunyian. Kura-kura tidak seperti haiwan peliharaan yang lain kerana diada keistimewaannya tersendiri yang tidak dapat dijelaskan. Kura-kura juga dapat menemani kita dalam jangka masa yang lama kerana ia haiwan peliharaan yang mempunyai jangka hayat yang sangat lama. Sperti saya juga, saya ada memelihara bayi kura-kura yang sungguh kecil dan comel. Ia suka menghabiskan masanya dengan tidur seperti bayi-bayi lain juga. Bayi pasti ada cara penjagaan yang tersendiri dan sangat rumit.


Antara cara-cara penjagaannya ialah:


  • Pastikan anda menukar air apabila air dalam akuarium itu mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Jangan biarkan air dalam akuarium telalu lama kerana air sudah berbau dan tidak ditukar menyebabkan kura-kura anda kurang aktif. Tidak perlu tukar air terlalu kerap.
  • Kalau boleh, anda letakkan batu, pasir atau hiasan dalam akurium anda itu. Ini kerana, kura-kura adalah sejenis haiwan yang suka berjemur dan tidak suka sangat berendam. Kadang-kadang mereka suka berada di dalam air dan darat.
  • Luangkan masa anda untuk membersihkan cengkerang kura-kura ini. Gosok lembut-lembut cengkerang kura-kura ini untuk mengelakkan kura-kura ini terasa sakit.



  • Anda perlu rajin bagi kura-kura ini berjemur di bawah cahaya matahari atau di bawah lampu.
  • Elakkan kura-kura ini daripada biarkan mereka tinggal lama-lama dalam akuarium, cari masa yang sesuai untuk kura-kura keluar daripada akuarium untuk mereka merasa kehidupan di luar.
  • Berikan makanan dua kali sehari seperti makanan pallet. Patah-patahkan pallet dan taburkan dekat dalam akuarium. Sebenarnya anak-anak kura ini boleh bertahan kalau mereka tidak diberi makanan tetapi anda janganlah terlalu kejam tidak memberi mereka makan.
  • Gunakan air anti-klorin ataupun air mineral. Air kura-kura untuk anda pelihara sama dengan air membela ikan di akuarium. Jangan guna air paip yang tinggi klorinnya

No comments:

Post a Comment