SEL OTAK ANDA SEDANG BERHUBUNG. SELAMAT MAJU JAYA

Khasiat Buah Kurma



Buah kurma cukup sinonim diwaktu bulan Ramadhan, Ketika itu la iklan-iklan kurma kueluar dan membuat promosi tentang kurma mereka. Seperti yang kita tahu kurma mempunyai khasiat yang tersendiri. Kurma disunatkan untuk diambil 3biji sebelum menjamah makanan lain dibulan Ramadhan. Hariini, saya ingin mengupas tentang khasiat kurma satu per satu agar ia tidak menjadi buah di bulan Ramadhan sahaja tetapi menjadi makanan dibulan-bulan lain juga. Disini antara beberapa khasiat yang saya ingin kongsikan bersama.




1.  Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.





2.  Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Kurma amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.




3. Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.



4. Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.



5. Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ia direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.



No comments:

Post a Comment