Kem induksi ini melibatkan pelajar tahun 1 dari Kolej
Aminuddin Baki seramai 99 orang yang berperanan untuk mendidik mahasiswa mahasiswi baru untuk menjadi peminpin yang baik di masa hadapan, seterusnya melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai jati diri yang kuat. Seperti yang kita tahu, mahasiswa dan mahasiswi sekrang mempunyai jati diri yang sangat rapuh, dalam erti kata lain mereka manja dan sentiasa mengaharpkan orang lain untuk membantu mereka tanpa memikirkan apa yang harus mereka lakukan. Jadi program induksi ini berobjektif untuk megubah cara pemikiran atau tingkah laku itu menjadi lebih baik.
Kem induksi ini bermula pada 18/10/2013, sebelum program ini bermula, seperti program-program lain juga pendaftaran perlu dilakukan untuk mengetahui bilangan peserta yang mengikuti program ini. Selepas mengetahui jumlah yang tepat bagi yang mengikuti, peserta-peserta diminta untuk berbaris dan bergerak dalam kumpulan menuju ke Hutan Pendidikan Alam yang akan mengambil masa selama 2jam untuk berjalan kaki dari Kolej Aminuddin Baki. Perjalanan yang agak jauh untuk memerlukan stamina yang tinggi. Bagi keselamatan para peserta pasukan BSMM diturunkan bersama-sama bagi memudahkan peserta untuk sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Sepanjang perjalanan yang mengambil masa kira-kira 2jam itu tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
Sesampainya kami disana kami diminta untuk berehat seketika sebelum memulakan program tersebut. Tempat yang disediakan agak selesa walaupun tidak seselesa mana pun. Nyamuk itu biasalah kan. Pada sebelah malam kami didedahkan beberapa peraturan yang harus dipatuhi oleh setiap peserta yang mengikuti program ini. Antara peraturannya ialah sentiasa tepat pada masa dan juga menjadi pendengar arahan yang baik. Selepas taklimat itu, telefon serta jam diambil bagi menumpukan perhatian kepada alam yang nyata katanya. Sebagai peserta hanya ikut sahaja demi kebaikan bersama.
Pada keesokan harinya, kami sama-sama menikmati sarapan pagi iaitu roti bersama-sama sardin. Sardin la yang menjadi santapan kami setiap hari sepanjang kem tersebut jika dipendekan ceritanya. Pada sebelah malam, kami dikehendaki memasuki hutan dalam berkumpulan. Aktiviti tersebut dikenali sebagai Burung Punguk. Pengalaman tersebut yang paling menarik dan tidak dapat dilupakan oleh semua peserta. Pada malam keesokan nya juga pelajar dikehendaki untuk memasuki hutan yang sama dalam keadaan seorang diri. Pengalaman ini agak menarik walaupun pada mulanya, timbul juga rasa takut dan resah dalam diri. Demi pengalaman yang datang hanya sekali ini, beranikan diri juga untuk menempuhi aktiviti ini dengan keberanian yang ada. Saya yakin, mesti ada yang membantu dikala kesusahan, takkan lepas tangan saja pihak-pihak yang bertugas. Dengan pemikiran tersebut, saya menjadi lega dan lebih tenang untuk menempuhi aktivit tersebut.Pada hari terakhir di Kem Induksi ini, aktivitinya agak santai dan tidak meletihkan sangat.
Pada sebelah pagi, kami hanya melakukan senamrobik yang ringkas dan melakukan aktiviti-aktiviti yang ringan bagi mengeratkan hubungan sesama peserta. Apa yang menarik pada hari terakhir kami berada disini ialah, kami tidak lagi menjamah sardin tetapi kami disediakan Nasi Ayam, terukir senyuman pada diri setiap peserta. Selepas menikmati makanan tengahari itu, majlis penutup diadakan. Prof Madya Dr Ramli Omar telah menutupkan majlis ini dengan pengalamannya sepanjang kehidupan beliau. Kehidupannya sangat menarik dan boleh dijadikan panduan setiap peserta dalam menempuhi kehidupan mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Selepas tamatnya ucapan beliau, kami diminta bersedia untuk pulang dan telefon serta jam dikembalikan. Sepanjang pejalanan pulang itu kami mengucapkan terima kasih pada urusetia-urusetia yang terlibat untuk menjaga keselamatan kami siang dan malam.
Program ini harus diteruskan dan para mahasiswa dan mahasiswi seharusnya memberi sokongan dengan mengikuti program ini demi masa depan bersama. Ayuhlah kita menjadi insan yang berguna pada agama bangsa dan negara.
![]() |
Hutan Pendidikan Alam UKM (HuPA) |
![]() |
Peserta Induksi Bersama Ayahda |
No comments:
Post a Comment