SEL OTAK ANDA SEDANG BERHUBUNG. SELAMAT MAJU JAYA

Cara Pembuatan Keropok Lekor Terengganu







Keropok lekor memang terkenal di negeri Terengganu. Siapa yang datang ke Terengganu dan tidak mencuba keenakan keropok lekor memang rugi kerana keropok lekor Terengganu sangat berbeza dengan keropok lekor lain. Apabila rasa pasti nak lagi. Tetapi pasti saudara dan saudari tertanya-tanya apakah resepi dan bahan-bahan disebalik keenakan keropok lekor tersebut. Ini lah rahsia keenakan keropok lekor.


Bahan-bahan:

  • 1kg ikan selayang/ kembung
  • 5-10 ulas bawang putih
  • 1kg tepung ubi/kanji
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Garam secukup rasa
  • Perasa
  • Air



Cara-cara:
  1. Asingkan isi ikan dari tulang.
  2. Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas.
  3. Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak melekat pada tangan. Kalau lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik.
  4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut.
  5. Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak.
  6. Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment