Kepentingan Air.
Hari : Jumaat
Tarikh: 4 Oktober 2013
Pada tarikh yang dinytakan diatas,satu blok saya ini mengadapi masalah air yang kritikal. Hampir semua blok dan kolej tiada air. Sebelum ini tidak pernah ada pengalaman tiada air di rumah, jadi apabila ada masalah air disini keadaan menjadi agak kelam kabut dan agak terkapai-kapai kelemasan dalam masalah. Dalam keadaan yang terdesak, kami terpaksa mengambil keputusan untuk tidak mandi pada hari tersebut. Walaubagaimanapun, kami mendapat khabar yang agak gembira apabila blok D di Kolej Aminuddin Baki ini mempunyai air. Jadi, tunggu apa lagi, kami pun pergi mendapatkan air dan mandi. Mungkin juga masalah air ini menduga kita dan mengajar kita betapa pentingnya air itu untuk kehidupan seharian kita. Tidak dinafikan, kita kadang-kadang leka dan tidak pernah mempedulikan kepentingan air itu sendiri. Apabila sudah tiada baru lah kita merasa ketiadaan nya dan bertapa pentingnya ia untuk kehidupan kita.
Disini saya ingin berkongsi sedikit informasi mengenai air. Air merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk secair pada tekanan biasa suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan dibumi ini memerlukan air untuk terus hidup. Dimuka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutamanya dalam bentuk cecair. Walaubagaimanapun, terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas di atmosfera dan dalam bentuk pepejal iaitu ais dan juga salji.
No comments:
Post a Comment