Kisah Mahsuri tidak asing lagi untuk rakyat Malaysia. Mahsuri merupakan gadis cantik yang menjadi rebutan para pemuda di kampungnya.Mahsuri adalah anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam. Beliau telah dituduh melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertuanya sendiri disebabkan oleh kecantikan serta penghormatan yang dimiliki oleh Mahsuri. Akibatnya Mahsuri dihukum dengan hukuman mati.
Pada hari hukuman, keris keramat kepunyaan keluarganya sendiri digunakan untuk membunuhnya. Darah yang keluar dari badan Mahsuri berwarna putih yang membuktikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah.Namun masyarakat pada hari ini menyatakan bahawa mungkin darah putih itu datang dari susu mahsuri. Sejauh mana kebenarannya masih belum dikenal pasti.
Disaat-saat akhir kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi akan menjadi kawasan yang mundur selama tujuh keturunan.Kebenaran sumpah itu telah terbukti apabila Langkawi telah diserang oleh tentera Siam dan semua bekalan makanan dan tanaman telah dimusnahkan. Langkawi menjadi sangat mundur.
Antara kebenaran lagenda atau terbuktinya sumpahan itu, Langkawi hanya mula berkembang maju sekali lagi setelah tujuh keturunan dalam kepayahan sehingga la kini, Langkawi terkenal sebagai salah satu tempat pelancongan yang wajib dikunjungi. Pelbagai kisah dan cerita disebalik nama LANGKAWI.
No comments:
Post a Comment