 |
House Of Laureate KAB |
Pada 28 September 2013, Kolej
Aminuddin Baki telah mengadakan interhouse. Kolej
Aminuddin Baki mempunyai
keistimewaan tersendiri dengan menekankan sukan dalam diri setiap punghuni KAB
itu sendiri. Oleh itu, KAB telah menubuhkan beberapa buah rumah sukan iaitu
Ourmond, Vanbrugh, Rayvens, Woodsworth, Ashby, Exeter, Herdford dan
Laureate.Rumah-rumah sukan ini terdiri daripada penghuni baru dan juga penghuni
lama. Oleh itu, interhouse ini juga bukan sahaja dapat melahirkan bakat-bakat
baru dalam bersukan malah dapat mengenali antara satu sama lain dan merapatkan
hubungan antara penghuni lama dan juga penghuni baru. Tak kenal maka tak cinta.
Saya
sebagai penghuni KAB tidak melepaskan peluang untuk menyertai acara-acara yang
diminati. Saya telah mengambil cabaran untuk menyertai acara bola jarring
kategori perempuan, walaupun saya tidak mempunyai asas langsung mengenai
permainan tersebut. Pada mulanya hanya sekadar ingin bersuka ria dan
menunjukkan rasa cinta pada KAB saja, lama kelamaan timbul pula rasa cinta
terhadap permainan tersebut. Dalam keriangan menyertai acara tersebut, saya
mengalami cedera ringan pada kaki. Dengan keperihatinan yang ditunjukkan oleh penghuni
lama menghilangkan rasa sakit di kaki. Namun untuk meneruskan permainan, saya
tiidak dibenarkan sama sekali. Hanya mampu melihat dari jauh dan memberikan
sokongan padu pada Pasukan Laureate.
Walaupun
rumah sukan yang saya wakili iaitu Laureate tidak menjadi Johan, tetapi saya
tetap berpuas hati dengan kerjasama yang diberi oleh semua pihak. Setiap
permainan pasti ada yang kalah dan menang, yang penting pengalaman yang
diperolehi yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kita terpaksa mencari
pengalaman dan mengalaminya sendiri.