SEL OTAK ANDA SEDANG BERHUBUNG. SELAMAT MAJU JAYA

Kucing

Kucing ialah binatang peliharaan yang paling comel dan mudah dijaga. Kucing laa yang paling digemari oleh banyak pencinta haiwan. Banyak fakta yang tidak diketahui oleh penjaga-penjaga kucing. Jadi saya akan berkongdi sedikit sebanyak mengenai fakta kucing
.
Secara ilmiah telah dibuktikan, bahawa memiliki dan memelihara kucing baik untuk kesihatan pemilik dan mengurangi kejadian penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit lainnya.

Bermain dengan kucing dan membelai-belai bulu kucing dapat membantu melepaskan stress. Kucing yang mendengkur di pangkuan anda dapat memberikan perasaan aman dan nyaman yang kuat.

Masyarakat mesir kuno adalah orang-orang yang pertama menyadari potensi kucing sebagai pemburu tikus. Mereka menjinakkan dan memelihara kucing untuk melindungi ladang dan gudang jagung. Tidak dinafikan bulu kucing boleh menyebabkan penyakit asma. Tetapi ia juga boleh menjadi ubat ketika kita stress. Kita dapat bermain-main dengannya dikala sunyi. Kadang kala kucing ini dapat membaca hati kita dan dapat mendengar masalah kita kerana mereka adlaah pendengar yang setia. 

Ketika ia pergi meninggalkan kita, kita pasti akan merasa sedih dan sunyi seperti kehilangan orang yang disayangi. Begitu kucing itu sangat menyentuh dan disayangi oleh kita. Pengalaman itu dialami oleh saya sendri ketika kucing peliharaan saya mati akibat sakit tua. Pelbagai memori dan kenangan telah dia bina bersam-sama keluarga kami. Sehingga sekarang kami tidak dapat lupakan kucing peliharaan kami yang diberi nama BOBOY. Kami sentiasa mengingati nya dan kenangannya bersama kami disimpan rapi dalam ingati.





No comments:

Post a Comment