SEL OTAK ANDA SEDANG BERHUBUNG. SELAMAT MAJU JAYA

Program Bakti Siswa

 Program bakt siswa yang dianjurkan oleh Biro Kebajikan Kolej Aminuddin Baki. Program ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang tahu bergaul dengan masyarakat sekelilng. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini berlansung. Bagi pengetahuan semua juga program ini dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin iaitu Menteri Belia dan Sukan seterusnya Ahli Parlimen Rembau. Sebelum saya terlupa program ini juga diadakan di kawasan Rembau iaitu Kampung Sg. Tima. Kampung ini sangat meriah dan penduduknya cukup ramah tamah.

Setibanya kami disana kami disambut dengan sungguh mesra oleh penduduk kampung dan tidak dilupakan penduduk kampung menyediakan sarapan pagi iaitu nasi lemak dan kuih-muih. Setelah selesai menjamu selera, kami diberi taklimat serba sedikit mengenai kampung dan seterusnya aktiviti yang bakal berlangsung. Kami dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing bagi melaksanakan tugas yang diberikan.

Aktiviti pertama yang kami ialah mengunjungi rumah orang-orang kampung bagi beramah msra dan seterusnya bergotong royong membersihkan halaman mereka. Bukan bererti halaman mereka kotor tetapi sekadar ingin membantu. Kumpulan yang saya ikuti telah pergi melawat kandang kambing. berpuluh-puluh baka kambing yang orang kampung itu bela. Keluarga angkat saya juga memberi pendedahan sedikit sebanyak mengenai cara penjagaan kampung dan kos-kos yang terpaksa ditanggung apabila membela kambing ini. Pengalaman yang paling menarik ialah kambing-kambing ini mempunyai gelagat yang masing-masing dan mencuit hati kami. Setelah selesai bermain kambing, kami telah dijamu dengan bubur gandum.

Setelah selesai aktiviti bersama keluarga angkat itu kami beransur pulang.

No comments:

Post a Comment