Bumi hijau perlu untuk membolehkan kita kekal sihat kerana pokok adalah sumber oksigen bagi kita sebai manusia. Jadi sangat perlu lah pokok disekeliling kita. Tanpa pokok disekeliling kita, kita akan rasa panas dan bahan. Pokok juga bukan lah berperanan sebagai pembekal oksigen sahaja sebagai manusia, Malah tempat tinggal dan juga tempat betedunh haiwan-haiwan dihutan seperti monyet khususnya. Cuba bayangkan jika kita menebang pokok dan menjadikan hutan itu satu kawasan pembangunan untuk manusia. Dimanakah bakal binatang-binatang ini tinggal? Mereka akan hilang arah dan seterusnya bakal mengancam nyawa manusia. Jadi fikirkan, jangan kita ingat, binatang tidak tahu apa-apa. Binatang juga mempunyai perasaan dan terasa diancam oleh manusia-manusia yang hanya tahu mengaut keuntungan atas aktiviti tidak bermoral mereka itu seperti penerokaan hutan.
Dengan bumi yang hijau kita juga dapat hidup selesa dan sihat tanpa menjejaskan ekosistem sedia ada. Sayangi bumi kita, kekal hijau. Tidak dilupakan juga fikirlah perasaan binatang-binatang yang tiada tempat berteduh kerana sikap keangkuhan dan pentingkan diri manusia.
No comments:
Post a Comment