Adakah kahwin muda menjadi satu kesalahan didalam masyarakat kita? Ia tidak menjadi satu kesalahan, mungkin masyarakat kini risau akan pasangan yang berkahwin awal ini tidak dpaat memikul tanggunjawab yang berat sebagai suami isteri dan seterusnya menjadi ayah dan ibu kepada anak mereka kelak. Mungkin juga masyarakat kini risau akan pasangan muda yang berkahwin awal atas faktor kematangan pasangan itu sendiri untuk menempuh alam perkahwinan yang merupakan alam yang berat dan mempunyai pelbagai masalah dan rintangan yang bakal ditempuhi.
Berkahwin muda bukanlah menjadi satu kesalahan. Berkahwin muda lebih baik kerana dapat mengelakkan maksiat dan pergaulan bebas. Itu lebih baik daripada membuat perkara-perkara sumbang yang dimurkai Allah. Berkahwin muda dapat juga mengelakkan masalah sosial seperi pembuangan bayi yang semakin menular. Jadi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini lebih baik kahwin awal. Jadi kita sebagai masyarakat perlu lah berfikiran sendalam-dalamnya sebelum mencemuh. Berkahwin muda lebih banyak kebaikan berbanding keburukannya. Cuma perlu bijak menjalani kehidupan yang baru dan mencabar sebagai orang muda yang berkahwin awal.
No comments:
Post a Comment