Kolej Aminuddin Baki sering berlaku kebakaran kecil. Jadi saya terpanggil untuk berkongsi bagaimana cara untuk kita mengelak kebakaran. Kebakaran sangat membahayakan nyawa kita. Walaupun kecil iaiya boleh menjadi besar dengaan sekejap dan boleh merangut nyawa dalam sekelip mata.
Antara tips yang boleh saya kongsi ialah:
- Disyorkan supaya memasang alat pengesan asap di setiap tingkat. Tempat yang sesuai ialah pada siling, di dalam kurungan tangga, bilik tidur dan ruang tamu.
- Pastikan ada dua laluan kecemasan dari setiap bilik dan semua penghuni tahu serta telah berlatih menggunakannya.
- Jangan sekali-kali merokok sambil berbaring di atas katil semasa berada dalam keadaan mengantuk, mabuk atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.
- Gunakan bekas habuk rokok yang besar dan berat. Pastikan puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang.
- Elakkan membuat penyambungan atau membebankan litar elektrik.
- Letakkan mancis dan pemetik api di tempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
- Bekas-bekas yang mengandungi cecair mudah bakar hendaklah disimpan di tempat yang jauh dan selamat dari punca api dan kanak-kanak.
- Jangan biarkan lilin menyala tanpa diawasi walaupun sesaat dan jauhkannya dari kanak-kanak.
- Anda disyor meletakkkan satu unit Alat Pemadam Api jenis debu kering ataupun jenis gas di rumah.
Tidak susahkan untuk mengelakkan kebakaran? Jadi marilah sam-sama kita mengelak kebakaran agar kita dapat hidup dengan selamat. Anda mampu mengubahnya.
No comments:
Post a Comment