
Bzbyte Cyber Interactive
Kolej Aminuddin Baki telah mengadakan program iaitu Bzbyte Cyber Interactive yang menganjurkan aktiviti berkaitan siber-siber terkini. Antaranya ialah Pertandingan Menaip dan juga Pertandingan Pes iaitu pertandingan berkaitan bola. Pertandingan ini dapat mengurangkan rasa stress dikalangan penghuni Kolej Aminuddin Baki kerana program ini dianjurkan pada bulan Disember dimana para pelajar sibuk membuat penyiapan untuk menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun.
Namun begitu sambutan tetap mengalakan, pelbagai hadiah menarik disediakan bagi setiap pemenang. Pertanding-pertandingan ini dapat merapatkan lagi hubungan sesama penghuni Kolej Aminuddin Baki apabila berkumpul bersama-sama dengan bermain-main permainan-permainan yang dianjurkan. Program ini juga dapat merapatkan hubungan antara ahli jawatankuasa. Yang mana kenal kita rapatkan dan yang mana belum kenal kita kenalkan.
Disepanjang program ini berlangsung, gerai jualan juga diadakan bagi menyokong dan mengumpul dana Kelab Bzbyte itu sendiri. Jadi program ini bukan sekadar menguji kemahiran anda bermain `GAME' malah dapat memupuk semangat keusahawanan dalam diri pelajar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment