SEL OTAK ANDA SEDANG BERHUBUNG. SELAMAT MAJU JAYA

Bersenam





 Bersenam sangat penting untuk menyihatkan tubuh badan kita dan seterusnya mencerdaskan minda, tetapi sejauh mana kita melaksanakan akitiviti ini didalam kehidupan seharian kita? Mari kita bersama-sama mengupas isu ini.

 Masyarakat pada hari ini memandang enteng tentang bersenam dalam kehidupan seharian mereka kerana mereka mengangap benda itu tidak penting. Disamping itu juga masyarakat sekrang tidak gemar dan merasa kurang selamat melakukan aktiviti luar kerana keadaan yang tidak selamat seperti kes penculikan dan sebagai nya. Namun begitu alasan yang paling banyak diberi oleh masyarakat pada harini mengapa mereka tidak bersenam ialah mereka sibuk dengan kerja-kerja. Adakah sibuk menjadi alasan untuk anda kekal sihat? Jika anda benar-benar ingin sihat pasti sibuk itu tidak menjadi alasan kerana bersenam tidaklah memakan waktu anda sehingga berjam-jam cukup sekadar 10 ke 20minit. Tetapi kesannya anda akan berasa lebih segar dan sihat.




Seperti yang dicadangkan anda mestilah melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Cuba
cari dan curi masa anda untuk diri anda kekal sihat kerana di mana ada kemahuan dia situ ada jalan. Cuba cari masa untuk anda bersenam bersama keluarga. Bersenam ini bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan malah dapat merapatkan hubungan sesama keluarga. Yang paling penting dapat menghindarkan diri anda yang stress ketika berada di tempat kerja. Jadi fikir-fikirlah dan selamat bersenam. Semoga anda sihat sentiasa.



No comments:

Post a Comment