Seperti yang diketahui umum, Melaka cukup terkenal dengan sejarah dan keunikannya tersendiri, yang lebih menarik, Melaka lebih dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah. Penduduk Malaysia yang belum pernah menjejakkan kaki ke Melaka,cuba-cuba lake sana. Alaminya sendiri.
Mewarisi kegemilangan masa lampau, Melaka kini merupakan pusat tarikan bagi tempat-tempat bersejarah di Malaysia. Dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah Malaysia, Melaka mempunyai pelbagai legenda, monumen-monumen dan artifak-artifak yang berusia lebih 500 tahun.
Sebagai pusat pertemuan antara timur dan barat, Melaka mempunyai kebudayaan dan sosial masyarakat yang unik berasaskan sejarah negeri ini. Percampuran senibina barat dan tamadun masyarakat timur telah menghasilkan panorama yang menakjubkan di daerah ini. Anda boleh merasakan penyatuan kegemilangan lampau dan kemodenan masa kini bergabung membentuk satu suasana sejahtera dan harmoni.
Antaranya yang menarik dan wajib di lawati jika anda sampai ke Melaka ialah:
1. A'Famosa
Kota yang dibina oleh orang-orang Portugis sewaktu menakluki Melaka pada tahun 1511. Mercu tanda Melaka dan mungkin merupakan subjek yang paling banyak diambil gambar selain daripada Stadhuys. Kota ini mengalami kerosakan teruk sewaktu penaklukan Belanda dan seterusnya dimusnahkan oleh British, namun dengan campurtangan dari Sir Stamford Raffles pada tahun 1808, sebahagian daripadanya berjaya diselamatkan, iaitu dinding pintu masuk, A'Famosa yang kekal hingga ke hari ini.
2.Stadhuys
Dibina pada tahun 1650 sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan pegawai-pegawainya, bangunan besar yang melambangkan senibina Belanda. Bangunan ini dijaga dengan rapi sebagaimana struktur asalnya dan kini menempatkan Muzium Sejarah dan Muzium Etnografi. Antara baran pameran setiap hari ialah pakaian pengantin tradisi dan barang-barang peninggalan kegemilangan lampau Melaka.
3. Perigi Hang Li Po
Dibina pada tahun 1459 oleh pengikut-pengikut Puteri Hang Li Poh yang telah berkahwin dengan Sultan Melaka. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering dan menjadi satu-satunya sumber air sewaktu musim kemarau. Orang-orang Belanda mengepung perigi ini dengan tembok batu yang kukuh pada tahun 1677 untuk mengekalkannya sebagai "perigi hajat," dipercayai sesiapa yang membuang duit syiling ke dalam perigi ini, mereka akan kembali semula ke Melaka.
4. Kampung Morten
Kampung Morten merupakan sebuah perkampungan tradisional satu-satunya terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka, dimana rata-rata penduduknya adalah kaum Melayu.
Kampung ini dianggap sebagai muzium hidup memandangkan ramai penduduknya masih mengamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah dan banyak mempamerkan keunikan rekabentuk rekaan rumah mereka.
Perkampungan ini dinamakan sempena nama J.F Morten , pesuruhjaya Tanah apabila suruhanjaya tersebut ditubuhkan pada awal 1920-an. Morten telah memainkan peranan untuk membina perkampungan ini, yang dahulunya hanya merupakan sebuah kawasan paya.
No comments:
Post a Comment