Bahan-bahan:
250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega
Cara membuatnya:
- Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
- Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
- Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
- Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
- Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
- Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
- Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
- Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
- Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
- Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
- Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara
No comments:
Post a Comment