Remaja kini tidak dapat dipisahkan lagi dengan laman sosial yang kian menumbuh dalam masyarakat kita kini.Tanpa disedari, kebanyakan pengguna laman seperti ini turut menghabiskan tempoh waktu yang agak lama bagi mereka melayari dan menggunakan semua kemudahan yang disediakan untuk berkomunikasi dengan rakan masing-masing.
Yang sangat popular di kalangan remaja masa kini ialah facebook dan twitter di mana laman sosial ini laa yang mereka gunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain dengan lebih mudah dan cepat.
Tidak cukup dengan akses melalui Internet, kini pengguna laman web sosial boleh mengakses, mengemas kini maklumat dan memuat turun gambar melalui aplikasi telefon bimbit seperti penggunaan iPhone dan Blackberry.Daripada jumlah itu, tidak dapat dinafikan bahawa golongan kanak-kanak dan remaja adalah antara pengguna majoriti rangkaian sosial terbabit.
Malah remaja kini juga menggunakan laman sosial dan internet untuk populariti diri.
No comments:
Post a Comment