SEL OTAK ANDA SEDANG BERHUBUNG. SELAMAT MAJU JAYA

Rakyat Malaysia Gemuk?



Rakyat Malaysia majoritinya bersaiz besar dan gemuk. Apakah punca? Mari kita ikuti apakah yang menjadi permasalahan sampai menyebabkan rakyat Malaysia menjadi gemuk.Budaya makan malam adalah antara faktor nominal mengapa rakyat Malaysia gemuk. Tidak dinafikan Malaysia kaya dengan makanan yang enak-enak dan lain dari yang lain. Lemaknya yang lebih dan manisnya yang lebih. Itulah yang membuat sesuatu makanan itu menjadi lazat dan enak tidak terkata, tambahan pula, rakyat Malaysia gemar untuk makan pada lewat malam. 
Sebab itu tidak menghairankan apabila kajian menunjukkan jumlah penduduk negara ini yang mengalami obesiti semakin membimbangkan dan menjadi punca masalah kesihatan di Malaysia.

Bukan saja di kalangan orang dewasa, malah lebih teruk menular di kalangan kanak-kanak dan remaja yang rata-rata dilanda masalah kesihatan adalah disebabkan oleh obesiti.Restoran dan gerai-gerai yang berselerak di Kuala Lumpur yang dibuka 24 jam membuatkan ramai yang menghabiskan waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam.

Keistimewaan ini juga yang menarik ramai pelancong ke negara ini kerana mereka boleh makan sehingga lewat malam.Lebih bertuah mereka yang sememangnya tidak boleh tidur malam lantas menghabiskan masa dengan makan-makan di restoran mamak 24 jam atau gerai yang menjual bermacam-macam jenis makanan yang enak.

Tetapi yang buruknya, kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam. Ini membuatkan lemak lebih mudah berkumpul. Kebanyakan restoran 24 jam menjual makanan yang tinggi kandungan lemak, kalori dan kolesterol.Itulah antara punca kenapa rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukkan.



No comments:

Post a Comment