SEL OTAK ANDA SEDANG BERHUBUNG. SELAMAT MAJU JAYA

Sejarah? Melaka lah Tempatnya.

Seperti yang diketahui umum, Melaka cukup terkenal dengan sejarah dan keunikannya tersendiri, yang lebih menarik, Melaka lebih dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah. Penduduk Malaysia yang belum pernah menjejakkan kaki ke Melaka,cuba-cuba lake sana. Alaminya sendiri.

Mewarisi kegemilangan masa lampau, Melaka kini merupakan pusat tarikan bagi tempat-tempat bersejarah di Malaysia. Dikenali sebagai Bandaraya Bersejarah Malaysia, Melaka mempunyai pelbagai legenda, monumen-monumen dan artifak-artifak yang berusia lebih 500 tahun.

Sebagai pusat pertemuan antara timur dan barat, Melaka mempunyai kebudayaan dan sosial masyarakat yang unik berasaskan sejarah negeri ini. Percampuran senibina barat dan tamadun masyarakat timur telah menghasilkan panorama yang menakjubkan di daerah ini. Anda boleh merasakan penyatuan kegemilangan lampau dan kemodenan masa kini bergabung membentuk satu suasana sejahtera dan harmoni.

Antaranya yang menarik dan wajib di lawati jika anda sampai ke Melaka ialah:

1. A'Famosa




Kota yang dibina oleh orang-orang Portugis sewaktu menakluki Melaka pada tahun 1511. Mercu tanda Melaka dan mungkin merupakan subjek yang paling banyak diambil gambar selain daripada Stadhuys. Kota ini mengalami kerosakan teruk sewaktu penaklukan Belanda dan seterusnya dimusnahkan oleh British, namun dengan campurtangan dari Sir Stamford Raffles pada tahun 1808, sebahagian daripadanya berjaya diselamatkan, iaitu dinding pintu masuk, A'Famosa yang kekal hingga ke hari ini.

2.Stadhuys




Dibina pada tahun 1650 sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan pegawai-pegawainya, bangunan besar yang melambangkan senibina Belanda. Bangunan ini dijaga dengan rapi sebagaimana struktur asalnya dan kini menempatkan Muzium Sejarah dan Muzium Etnografi. Antara baran pameran setiap hari ialah pakaian pengantin tradisi dan barang-barang peninggalan kegemilangan lampau Melaka.

3. Perigi Hang Li Po




Dibina pada tahun 1459 oleh pengikut-pengikut Puteri Hang Li Poh yang telah berkahwin dengan Sultan Melaka. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering dan menjadi satu-satunya sumber air sewaktu musim kemarau. Orang-orang Belanda mengepung perigi ini dengan tembok batu yang kukuh pada tahun 1677 untuk mengekalkannya sebagai "perigi hajat," dipercayai sesiapa yang membuang duit syiling ke dalam perigi ini, mereka akan kembali semula ke Melaka.

4. Kampung Morten


Kampung Morten merupakan sebuah perkampungan tradisional satu-satunya terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka, dimana rata-rata penduduknya adalah kaum Melayu.

Kampung ini dianggap sebagai muzium hidup memandangkan ramai penduduknya masih mengamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah dan banyak mempamerkan keunikan rekabentuk rekaan rumah mereka.

Perkampungan ini dinamakan sempena nama J.F Morten , pesuruhjaya Tanah apabila suruhanjaya tersebut ditubuhkan pada awal 1920-an. Morten telah memainkan peranan untuk membina perkampungan ini, yang dahulunya hanya merupakan sebuah kawasan paya.



Khasiat Madu Lebah





Madu memang berkhasiat dan sangat bagus untuk dimakan setiap hari kalau boleh.



Ini lah antara khasiat madu lebah:
  • Madu lebah dapat menambahkan stamina dan membekalkan tenaga
  • Madu lebah boleh dijadikan sebagai sumber tenaga
  • Madu lebah dapat meningkatkan metabolisme tubuh
  • Madu lebah mengandungi agen antioksidan yang boleh mengurangkan aktiviti yang memusnahkan sel
  • Madu lebah dapat melancarkan peredaran darah
  • Madu lebah dapat melancarkan sistem pencernaan
  • Madu lebah dapat meningkatkan semangat seksual atau tenaga batin
  • Madu lebah juga digunakan sebagai mengubati luka-luka
  • Madu lebah sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus



Now Everyone Can Fly


Tan Sri Tony Fernandes lahir pada 30 April 1964 yang telah memperkenalkan pernebangan tambang murah 'AIR ASIA'. 
Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang sakit kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang. Fernandes juga dikenali untuk peranannya dalam pencapaian Persetujuan-persetujuan Langit Terbuka dengan negara Thailand, Indonesia dan Singapura, apabila dia meminta bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian pada pertengahan tahun 2003. Atas permintaan tersebut, negara-negara tersebut telah bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.
Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa seorang ahli muzik yang pernah mengetuai syarikat rakaman Warner Music (M) Sdn. Bhd., Tony Fernandes kini merupakan seorang tokoh korporat tanah air yang disegani kerana kejayaannya mencetus revolusi dalam industri penerbangan rantau Asia.
Bagaimanapun, kejayaan yang dibinanya sejak enam tahun lalu itu, bukannya datang bergolek, kerana Fernandes, yang mahir bermain keyboard itu, terpaksa melalui ‘ranjau dan duri’, sebelum berjaya membina firma penerbangan tambang murah AirAsia Bhd. sehingga dikenali di peringkat antarabangsa pada masa ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia itu ketika menceritakan detik permulaan beliau menceburi industri penerbangan berkata: “Saya sudah lama bercita-cita ingin menceburi perniagaan secara serius, tetapi tidak tahu perniagaan apa yang ingin dijalankan.”


Fernandes berkata, idea untuk menubuhkan syarikat penerbangan datang secara spontan semasa beliau berada di London, ketika menonton televisyen. Saya tertarik melihat iklan sebuah syarikat penerbangan tambang murah, Easyjet. Kemudian saya bergegas ke Lapangan Terbang Luton (di London) dan menghabiskan masa selama dua hari di sana.
“Saya tertarik dengan konsep perniagaan itu dan bercadang untuk memperkenalkan perkhidmatan itu di Malaysia dan menyimpan impian untuk mengembangkan konsep itu di rantau Asia,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Katanya, setelah kembali ke Malaysia, beliau telah menyatakan hasratnya itu untuk menubuhkan syarikat penerbangan kepada kawan rapatnya (Datuk) Kamarudin Meranum yang merupakan bekas kakitangan sebuah bank pelaburan dan kini menjadi Pengarah Eksekutif AirAsia.

Jom Kita Kenali Pulau Tioman

 Pulau Tioman tidak asing kagi tidak Malaysia kerana keindahanya sangat mempersonakan. Pulau Tioman la yang akan menjadi pilihan pengunjung untuk bercuti da menenangkan fikiran.

Pulau Tioman adalah sebuah pulau yang terletak 32 km di luar pantai timur Semenanjung Malaysia di negeri Pahang, dan adalah kira-kira 39 km panjang dan 12 km lebar. Ia mempunyai sepuluh kampung utama, yang terbesar dan paling ramai penduduk Kampung Tekek di utara. Pulau hutan padat jarang didiami, dan dikelilingi oleh pelbagai terumbu karang, menjadikannya tempat menyelam skuba yang popular. Terdapat juga banyak resort dan chalet di sekitar pulau yang mempunyai status bebas cukai.

Selain daripada pelbagai hidupan laut, kawasan pedalaman hutan hujan, merangkumi lebih kurang 12.383 hektar, di Tioman merupakan sebuah kawasan rezab alam semulajadi yang dikuatkuasakan dengan tegas. Terdapat beberapa spesis dilindungi mamalia di pulau itu, termasuk yang Binturong, beruk Long-Tailed, Kongkang, Black Squirrel Giant, Giant Merah Flying Squirrel, rusa Tetikus, Brush-tailed Porcupine, dan Common Palm Civet, dari sejumlah 45 spesies mamalia dan 138 spesis burung. Selain itu, Tioman mempunyai spesis yang endemik ke negara. Penyu berkulit lembut dan ikan keli berjalan yang unik dan dapat dilihat pada lapisan hutan hujan Tioman

Aktiviti yang biasa dilakukan di Pulau Tioman ialah Snorkeling, Scuba Diving dan juga Island Hooping.





Punca Kemalangan Jalan Raya


Kemalangan jalan raya tidak asing lagi jika disebutkan. Pelbagai punca dan faktor terjadinya kemalangan jalan raya.



Faktor yang paling utama ialah sikap pemandu itu sendiri yang cuai dan lalai dalam pemanduan dan memandang enteng tentang kesalahan yang mereka lakukan tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Mungkin mereka lupa tentang slogan "INGATLAH ORANG TERSAYANG".


Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik turut menjadi penyebab. Kenderaan yang hendak digunakan di jalan raya sewajarnya diselenggara sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Kebanyakan kos kemalangan berlaku disebabkan sistem brek yang gagal berfungsi dengan baik. 

Faktor cuaca juga boleh menjadi penyebab kepada berlakunya kemalangan jalan raya. Di Malaysia, cuaca hujan sering menyebabkan jalan raya basah dan licin. Dalam keadaan yang sedemikian, kemalangan jalan raya banyak berlaku khususnya dl lebuh raya kerana pemandu tidak sempat membrek apabila kenderaan di hadapan tlba-tiba memperlahankan kenderaannya. Hujan yang turun juga boleh menyebabkan pemandangan pemandu kabur dan terhad. 

Faktor-faktor di atas la yang menyebabkan berlakunya kemalangan kita boleh mencegah dari terjebak dalam kemalangan jalan raya kerana MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT.


Resipi Lidah Kucing

 Pada mulanya tertanya-tanya juga datang mana namanya lidah kucing? Adakah lidah kucing berwarna-warni? Itu lah persoalan saya ketika pertama kali melihat lidah kucing.


Bahan-bahan:

250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex

Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega


Cara membuatnya:

  1. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
  2. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
  3. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
  4. Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
  6. Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
  7. Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
  8. Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
  9. Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
  10. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
  11. Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
  12. Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara




Remaja dan Laman Sosial.

Remaja kini tidak dapat dipisahkan lagi dengan laman sosial yang kian menumbuh dalam masyarakat kita kini.Tanpa disedari, kebanyakan pengguna laman seperti ini turut menghabiskan tempoh waktu yang agak lama bagi mereka melayari dan menggunakan semua kemudahan yang disediakan untuk berkomunikasi dengan rakan masing-masing.  




Yang sangat popular di kalangan remaja masa kini ialah facebook dan twitter di mana laman sosial ini laa yang mereka gunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain dengan lebih mudah dan cepat.
Tidak cukup dengan akses melalui Internet, kini pengguna laman web sosial boleh mengakses, mengemas kini maklumat dan memuat turun gambar melalui aplikasi telefon bimbit seperti penggunaan iPhone dan Blackberry.Daripada jumlah itu, tidak dapat dinafikan bahawa golongan kanak-kanak dan remaja adalah antara pengguna majoriti rangkaian sosial terbabit.
Malah remaja kini juga menggunakan laman sosial dan internet untuk populariti diri.


Rakyat Malaysia Gemuk?



Rakyat Malaysia majoritinya bersaiz besar dan gemuk. Apakah punca? Mari kita ikuti apakah yang menjadi permasalahan sampai menyebabkan rakyat Malaysia menjadi gemuk.Budaya makan malam adalah antara faktor nominal mengapa rakyat Malaysia gemuk. Tidak dinafikan Malaysia kaya dengan makanan yang enak-enak dan lain dari yang lain. Lemaknya yang lebih dan manisnya yang lebih. Itulah yang membuat sesuatu makanan itu menjadi lazat dan enak tidak terkata, tambahan pula, rakyat Malaysia gemar untuk makan pada lewat malam. 
Sebab itu tidak menghairankan apabila kajian menunjukkan jumlah penduduk negara ini yang mengalami obesiti semakin membimbangkan dan menjadi punca masalah kesihatan di Malaysia.

Bukan saja di kalangan orang dewasa, malah lebih teruk menular di kalangan kanak-kanak dan remaja yang rata-rata dilanda masalah kesihatan adalah disebabkan oleh obesiti.Restoran dan gerai-gerai yang berselerak di Kuala Lumpur yang dibuka 24 jam membuatkan ramai yang menghabiskan waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam.

Keistimewaan ini juga yang menarik ramai pelancong ke negara ini kerana mereka boleh makan sehingga lewat malam.Lebih bertuah mereka yang sememangnya tidak boleh tidur malam lantas menghabiskan masa dengan makan-makan di restoran mamak 24 jam atau gerai yang menjual bermacam-macam jenis makanan yang enak.

Tetapi yang buruknya, kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam. Ini membuatkan lemak lebih mudah berkumpul. Kebanyakan restoran 24 jam menjual makanan yang tinggi kandungan lemak, kalori dan kolesterol.Itulah antara punca kenapa rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukkan.



Apakah itu Perbankan Internet?

 Pasti kita tertanya-tanya apakah sebernarnya perbankan internet ini? Hari ini saya ingin menjelaskan apa yang gelap sebelum ini tentang perbankan internet. Perbankan internet ialah urusniaga yang boleh dilakukan melalui atas talian sahaja.Perbankan internet boleh dilakukan dimana-mana sahaja iaitu dirumah, di tempat kerja mahupun ketika anda sedang bercuti bersama keluarga. Tiada apa yang menghalang anda daripada menggunakan perbankan internet ini.

Hanya ikut tiga langkah mudah yang berikut:
  1. Buka PIN Perbankan Internet anda di ATM
  2. Daftar dalam talian melalui PC anda
  3. Jalankan transaksi perbankan anda 
Selepas anda mendaftar perbankan internet, kehidupan anda berubah serta merta menjadi mudah dan cepat kerana anda tidak perlu lagi beratur panjang untuk melakukan apa-apa transaksi.


Pelbagai kemudahan yang boleg anda nikmati iaitu:
  1. Membuat pindahan dana
  2. Membuat Pembayaran
  3. Menguruskan pelaburan anda
  4. Wujudkan arahan tetap
  5. Menguruskan akaun pembiayaan anda
  6. Menguruskan cek anda

Entrepreneurship Week KAB

Pada 18-22November 2013, Kolej Aminuddin Baki telah menganjurkan aktiviti yang besar iaitu Entrepreneurship Week. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Antara aktiviti yang berlangsung ialah jualan secara besar-besaran antara seketeriat-seketeriat Kolej Aminuddin Baki itu sendiri. Pelbagai makanan yang dijual antaranya ialah roti john, float, burger, stemboat, big apple dan macam-macam lagi. Keadaan ini memeriahkan lagi suasana kolej dan mengeratkan hubungan sesama penghuni-penghuni KAB sendiri. Disamping itu juga dapat memupuk semangat kerjasama antara pasukan dan saling bantu-membantu. Aktiviti-aktiviti seperti ini haruslah disokong dan dicontohi oleh koleh-koleh lain. Walaupun penat menjalankan aktivit jualan dari petang hingga lah malam tetapi kepenatan itu berbaloi dengan sokongan dan keuntungan yang dimiliki.